Selamat Sejahtera. Salam Muhibah. Kami mengalu-alukan kedatangan Tuan/Puan ke blog kami. Kami sedia membantu sebarang pertanyaan atau kemusykilan yang dihadapi oleh Tuan/Puan dan Saudara Saudari sekalian.





STAF 2009

Pengetua: TAN TIE MUAN
PK (Pentadbiran):MOHAMAD SHAWAL BIN NOOR
PK (HEM) : Pn. ROSIDAH BINTI AHMAD
PK (KK): En.PUTIN
PENYELIA PETANG: Pn MARY LAU AI TING
Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Tuesday, July 21, 2009

AYAT-AYAT CINTA

Jika kamu memancing ikan….

Setelah ikan itu terlekat di mata kail.. Hendaklah kamu mengambil ikan itu…

Jangan sesekali kamu lepaskan ia semula..

Kedalam air begitu saja.. Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman

mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…



Begitu juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang..

Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya…

Jangan sesekali kamu meninggalkannya begitu saja…

Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat

melupakan segalanya selagi ia mengingatimu…



Jika kamu menadah air biarlah berpada…

Jangan terlalu mengharap pada takungannya…

Dan janganlah menganggap ia begitu teguh.. Cukuplah sekadar keperluanmu. .

Apabila sekali retak…Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…

Akhirnya ia dibuang..

Sedangkan jika kamu cuba membaikinya

Mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi…



Begitu juga jika kamu memiliki seseorang… terimalah seadanya..

Janganlah kamu terlalu mengaguminya…

Dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..

Anggaplah dia insan biasa…

Apabila sesekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya…

Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya…

Sedangkan jika kamu memaafkannya…

Boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya…



Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… Yang kamu pasti baik untuk diri kamu…

Mengenyangkan… berkhasiat.

Mengapa kamu berlengah cuba mencari

Makanan yang lain…

Terlalu mengejar kelazatan.. Kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya…

Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..

Yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu… Menyayangimu… mengasihimu…

Mengapa kamu berlengah, cuba

membandingkan dengan yang lain..

terlalu mengejar kesempurnaan. .

kelak kamu akan kehilangannya apabila ia menjadi milik orang lain..

kelak kamu juga akan menyesal…



Bersyukur dan Redha dengan apa yang dikurniakan olehNya… Alhamdullilah




-- In respeks_group@ yahoogroups. com, Shania Opal wrote:

*Apa yang dimengertikan
Tentang cinta itu...
Ayat-ayat untuk menyentuh hati
Haruskah kutuliskan jua doa
Setiap malam kupanjatkan untukmu

Kecewa itu ada, tapi sudahlah…..
Letih sudah bebicara tentang cinta
Namun kita sama-sama terdiam
aku memilih mencintaimu
dengan caraku sendiri…
Menyimpannya tersembunyi
di relung hati *

2009/7/3 OraNg KaMpoNg faruqi2001@. ..



Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara
Cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Kupertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud
Jom ke teratak orangkampong@ OK...

Sila ke :
respeks-blog
respeks_group



--
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.
Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai..... ..

Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...


dari: Hasiah Pukim

Wednesday, June 3, 2009

Tips putus cinta : Tenangkan hatimu…


June 02, 2009 By: PakarHowTo Category: Luahan Hati

Ini adalah peringatan untuk diriku dan dirimu jua.


Ketahuilah bahawa…

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.

Ceria2 selalu….. :)

Hasil tulisan : Alfakeh (tokfakeh@gmail.com)

Related Posts with Thumbnails