Selamat Sejahtera. Salam Muhibah. Kami mengalu-alukan kedatangan Tuan/Puan ke blog kami. Kami sedia membantu sebarang pertanyaan atau kemusykilan yang dihadapi oleh Tuan/Puan dan Saudara Saudari sekalian.





STAF 2009

Pengetua: TAN TIE MUAN
PK (Pentadbiran):MOHAMAD SHAWAL BIN NOOR
PK (HEM) : Pn. ROSIDAH BINTI AHMAD
PK (KK): En.PUTIN
PENYELIA PETANG: Pn MARY LAU AI TING

Saturday, April 25, 2009

CELIK AL-QURAN

KemCelik Al-Quran telah dijalankan dengan jayanya di Surau An Nadwah, SMK Rosli Dhoby, Sibu dianjurkan oleh Panitia Islam. Seramai 35 pelajar Tingkatan 1 yang tidak boleh membaca Al-Quran telah dipilih untuk mengikuti kursus ini selama dua hari mulai 23 hingga 24 April 2009. Semua peserta mula lapor diri pada 23 April, jam 7.30 pagi. Kem pagi itu dimulai dengan Buku Iqra' satu. Peserta yang dapat menguasai bacaan akan diteruskan dengan Buku Iqra'2 dan seterusnya. Manakala yang belum menguasai diberi latih tubi secara individu.
Alhamdulillah, sepanjang program ini dijalankan pencapaian dan penglibatan semua peserta amat memuaskan. Didapati ada peserta yang dapat membaca Iqra' 6 dan yang selebihnya menguasai buku Iqra' 4 dan 5, kecuali seorang peserta masih di buku Iqra'1. Para pembimbing telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Majlis penutupan ringkas disempurnakan oleh Ustaz Mohd Isa. Antara dapatan ini menjadi persolan mengapa di peringat Rendah selama enam tahun masih ramai pelajar yang buta Al-Quran sedangkan proram dua hari, pelajar dapat menguasai sehingga Iqra' 6. Di mana silapnya? Adakah kerana pelajar ........ atau ......... ?
Di bawah ini disertakan gambar sepanjang aktiviti dijalankan;


Peserta Lelaki


Barisan Pembimbing



Peserta Perempuan

Peserta Lelaki


Bimbingan Secara Individu


Ustaz Mohd Isa

Wednesday, April 22, 2009

HARGA DIRI

Bagaimana Menambahkan Harga Diri Anda?

Harga diri (self-esteem) merujuk kepada penilaian subjektif seseorang tentang dirinya sebagai positif atau negatif. Dalam kata lain, ia bermakna bagaimana anda memandang diri anda. Jika anda berfikir anda adalah seorang yang bijak, rajin, gembira, yakin, berkebolehan dan boleh berinteraksi dengan orang lain tanpa apa-apa hambatan, anda boleh disifatkan sebagai seorang yang mempunyai imej diri yang sihat atau positif, iaitu, anda adalah seorang insan yang mempunyai harga diri yang tinggi.

Pandangan serta tanggapan kita mengenai diri kita mempunyai kesan yang amat kuat terhadap cara kita memperlakukan kita sendiri dan orang lain dan juga pilihan yang kita buat.

Berikut ialah sedikit petua untuk mempertingkatkan harga diri kita :

o Habiskan sedikit masa dengan orang yang menyukai dan menyayangi anda.

o Setiap hari buat satu pernyataan mengenai diri anda. Sebagai contoh, “Saya adalah seorang yang mudah disayangi dan penyayang” merupakan satu mesej yang boleh memajukan satu imej diri yang positif dan sihat.

o Ucapan terima kasih kepada orang. Puji orang tanpa apa-apa sekatan jika diberi bantuan. atau kerjasama. Ini akan menambahkan harga diri anda apabila anda menyedari orang lain menghargai rasa terhutang budi anda.

o Tolak sama sekali mesej negatif dan pilih mesej postif sahaja.

o Tolong orang yang memerlukan bantuan untuk menyiapkan sesuatu projek atau kerja; lawati orang yang uzur di hospital atau menajar kanak-kana pada masa lapang. Jika anda merasa gembira apabila anda menunjukkan tingkah laku yang positif, perasaan ini boleh menambahkan imej diri anda.

o Melahirkan pandangan serta perasaan anda tanpa ketakutan. Menyatakan dengan tegas hak anda untuk membuat keputusan sendiri menunjukkan anda menganggap anda sebaai seorang yang pentig. Sifat pendesak merupakan sebahagian penting daripada imej diri yang positif. Komunikasi seperti ini adalah diperlukan untuk meminta sahabat, keluarga dan orang lain kerrjasama dan sokongan untuk membuat sesuatu .

o Libatkan diri dalam program senaman harian. Ini boleh menambahbaikkan kesihatan anda.

o Beri perhatian kepada rupa diri anda. Pakai baju yang kemas dan bersih setiap hari. Kelihatan kemas akan membolehkan anda merasa yakin dan gembira.

o Hiraukan orang yang mengkritik atau membidas anda atau mereka yang menganiayai anda tau mereka yang mempunyai harga diri yang rendah dan sikap negatif.

o Libatkan diri dalam projek yang boleh menggembirakan hati anda.mengikut keupayaan anda.

o Buat pilihan hidup dengan sendiri dan jangan membiarkan orang lain membuatnya bagi anda.

Sunday, April 19, 2009

BAHAS ALA PARLIMEN 2009

Bahas Ala Parlimen Peringkat Negeri Sarawak - 2009

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rosli Dhoby muncul juara Pertandingan Bahas Bahasa Malaysia Ala Parlimen 2009 Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman hari ini.

SMK Rosli Dhoby yang dibarisi oleh Fiona Maurice, Marcos Pope, Ainina Diana, Lizza Yusuf dan Hamizah muncul juara menerusi bahas berjudul Kestabilan Politik Peneraju Utama Kestabilan Ekonomi dan Sosial Negara sekaligus menewaskan PPD Bintulu yang diwakilili oleh SMK Bandar Bintulu pada pertandingan akhir tersebut.

Dengan memegang peranan sebagai pihak pembangkang menerusi pertandingan ini, SMK Rosli Dhoby berhasil membawa pulang sebuah piala kejuaraan, piala iringan serta sijil untuk setiap seorang.

Hadiah kepada para pasukan juara hingga pemenang ketiga telah disampaikan oleh Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak iaitu Ellen @ Manium Engang yang sekaligus merasmikan majlis penangguhan pertandingan tersebut.

Terdahulu sejumlah 10 buah pasukan PPD bagi setiap bahagian dalam negeri ini telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Bahas Bahasa Malaysia Ala Parlimen 2009 Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman semenjak 15 April lalu.

10 buah pasukan terbabit adalah PPD Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Kapit. PPD Limbang bagaimanapun tidak menghantar pasukan mereka pada pertandingan tersebut.

Pada peringkat separuh akhir pertandingan tersebut, pasukan PPD Sibu yang diwakili oleh SMK Rosli Dhoby telah berjaya menyingkirkan saingan SMK Wira Penrissen dari PPD Samarahan untuk mara ke peringkat akhir manakala PPD Bintulu menerusi SMK Bandar Bintulu pula menyingkirkan saingan SMK Bahasa Malaysia dari PPD Betong.



Fiona Maurice di nobatkan sebagai Pembahas Terbaik


Salah seorang pembahas dari SMKRD


Bersama Naib Johan- SMK Bintulu


Trofi yang membanggakan



Bersama Guru Pengiring berserta hadiah (Kumpulam Pembahas Terbaik Negeri Sarawak)

Syabas, Cemerlang, gemilang.
Doa kami semua warga SMKRD sentiasa bersama kamu di Kelantan pada 25 hingga 29 Mei 2009 akan menjadi kumpulan TERBILANG. InsyaAllah.




PERINGKAT BAHAGIAN SIBU

Pertandingan Bahas Ala Parlimen antara sekolah Bahagian Sibu bermula 24 Mac hingga 6 April 2009. SMk Rosli Dhoby, telah menjadi Johan selepas mengalahkan SMK Sacred Heart. Sebelumnya SMKRD telah menempuh beberapa halangan seperti di bawah:

24 Mac - Pusingan Awal , SMKRD vs SMK Deshon sebagai Tuan Rumah;
30 Mac - Suku Akhir, SMKRD vs SMK St. Elizabeth;
02 April- Separuh akhir, SMKRD vs SMK Bukit Lima;

Dengan ini, SMKRD telah mewakili Bahagian Sibu ke Peringkat Akhir di Sri Aman.
Syabas dan Taniah kepada peserta da guru pengiring yang penuh dedikasi.


Barisan Pebahas SMKRD yang segak
Bersama Pengetua SMK Deshon dan En Oscar Pegawai KK, PPD Sibu

Bersama guru Pengiring

Hadiah manis untuk semua.


Pertandingan Bahas Ala Parlimen antara sekolah Bahagian Sibu bermula 24 Mac hingga 6 April 2009. SMk Rosli Dhoby, telah menjadi Johan selepas mengalahkan SMK Sacred Heart. Sebelumnya SMKRD telah menempuh beberapa halangan seperti di bawah:

24 Mac - Pusingan Awal , SMKRD vs SMK Deshon sebagai Tuan Rumah;
30 Mac - Suku Akhir, SMKRD vs SMK St. Elizabeth;
02 April- Separuh akhir, SMKRD vs SMK Bukit Lima;

Dengan ini, SMKRD telah mewakili Bahagian Sibu ke Peringkat Akhir di Sri Aman.
Syabas dan Taniah kepada peserta dan guru pengiring yang penuh dedikasi dan CEMERLANG

Peserta :Fiona Maurice, Ainina Diana, Marcos Popey, hamizah Junaidi danLiza Yusuf
Guru Pengiring :Cikgu Hasiah bte Pukim & Cikgu Nurkhairiena Sigan



Ehsan : Cikgu Hasiah bte Pukim.

Friday, April 17, 2009

KEMEGAHAN SEKOLAH

BAHAS ALA PARLIMEN - 2008

JOHAN - Bahagian Sibu,
di SMK St.Elizabeth

JOHAN - Negeri Sarawak
di SMK Kapit No.2


Wakil Negeri- Peringkat kebangsaan
di SMK Nangka, Tuaran Sabah.

Peserta Bahas: Fiona, Hedya Sasha, Aininia Diana, dan Qawiemmatul 'Adawiah
Guru Pengiring: Cikgu Hasiah Pukim



PESTA PANTUN -2008

JOHAN- Bahagian Sibu


Di Lapangan Sibu sebelum ke Miri


Di Lapangan Terbang Miri


Peserta Pantun : Nadzirah, Amylia, Vennisa, Jakson, dan Ervin
Guru Pengiring : Cikgi Hasiah bte Pukim dan Cikgu Rohani bte Aded


Ehsan : Cikgu Hasiah Pukim

Tuesday, April 7, 2009

WINNERS & LOOSERS


WINNERS & LOOSERS
The Winner is always part of the answer.
The Loser is always part of the problem.
The Winner always has a program.
The Loser always has an excuse.
The Winner says, “Let me do it for you”.
The Loser says, “That is not my job.”
The Winner sees an answer for every problem.
The Loser sees a problem for every answer.
The Winner says, “it may be difficult but it is possible”.
The Loser says, “it may be possible but it is too difficult.”
When a Winner makes a mistake, he says, “I was wrong”.
When a Loser makes a mistake, he says, “It wasn’t my fault.”
A Winners makes commitments.
A Loser makes promises.
Winners have dreams.
Losers have schemes.
Winners say, “I must do something”.
Losers say, “Something must be done.”
Winners are a part of the team”.
Losers are apart from the team.
Winners see the gain.
Losers see the pain.
Winners see possibilities.
Losers see problems.
Winners believe in win-win.
Losers believe for them to win someone has to lose.
Winners see the potential.
Losers see the past.
Winners are like a thermostat.
Losers are like thermometers.
Winners choose what they say.
Losers say what they choose.
Winners use hard arguments but soft words.
Losers use soft arguments but hard words.
Winners stand firm on values but compromise on petty things.=
Losers stand firm on petty things but compromise on values.
Winners follow the philosophy of empathy: “Don’t do to others what you would not want them to do to you”.
Losers follow the philosophy, “Do it to others before they do it to you.”
Winners make it happen.
Losers let it happen.

Pelajar Akan Belajar Daripada Apa Yang Mereka Alami

If a child with a criticism, he learns to condemn,
If a child lives with hostility, he learns to fight,
If a child lives with ridicule, he learns to be shy,
If a child lives with shame, he learns to feel guilty,
If a child lives with tolerance, he learns to be patients,
If a child with encouragement, he learns confidence,
If a child lives with praise, he learns to appreatiate,
If a child lives with fairness, he learns justice,
If a child lives with security, he learns to have faith,
If a child lives with approaval, he learns to like himself,
If a child with a acceptance and friendship,
………he learns to find love in the world.

Jika ia hidup dalam dunia yang suka mengecam,
Ia belajar mengutuk dan mengugut,
Jika ia hidup dalam dunia yang suka bermusuhan,
Ia belajar bersengketa,
Jika ia hidup dalam dunia yang suka mengejek,
Ia belajar malu, pendiam dan pasif,
Jika ia hidup dalam dunia yang suka berdengki dan mencemburui,
Ia belajar merasa serba salah dan bersalah,
Jika ia hidup dalam dunia yang pecah belah,
Ia belajar menyalahkan orang lain dan tidak percaya erti kasih sayang,
Jika ia hidup dalam dunia yang bertolak ansur,
Ia belajar bersabar,
Jika ia hidup dalam dunia yang memberi sanjungan,
Ia belajar menilai,
Jika ia hidup dalam dunia yang memberikan persetujuan,
Ia belajar sukakan diri sendiri,
Jika ia hidup dalam dunia yang memberi dan menerima,
Ia belajar mencari kasih saying dunia……….

DI MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE NASI????


BILL OF RIGHTS
Let me grow as I be
And try to understand
Why I want to
Grow like me
Not like my mum
Wants me to be
Not like my dad
Hopes I’ll be
Or my teacher thinks
I should be.
Please try to understand
And help me grow
Just like me.

Kata-kata Hikmah:

Change is a product of a decision and decisions are
Possible only where there are choices. Therefore,
Offering choices paves the way to change behavior.

Smart communicator ask smart questions. They
Not only hear the answers, but also the person
Asked hears his own answers.

An acorn is capable of becoming a mighty oak,
But it will never become a giant redwood
No matter how much you push it
Discover your child’s nature and nurture that
Nature

Thursday, April 2, 2009

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - 2008

Tanggal 1 April 2009, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bahagian Sibu telah diadakan di Hotel Kingwood yang disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Sarawak, Ybg.Tuan Hj.Julaihi Hj.Bujang.
Antara penerima dari SMK Rosli Dhoby Sibu adalah:






Related Posts with Thumbnails