Selamat Sejahtera. Salam Muhibah. Kami mengalu-alukan kedatangan Tuan/Puan ke blog kami. Kami sedia membantu sebarang pertanyaan atau kemusykilan yang dihadapi oleh Tuan/Puan dan Saudara Saudari sekalian.





STAF 2009

Pengetua: TAN TIE MUAN
PK (Pentadbiran):MOHAMAD SHAWAL BIN NOOR
PK (HEM) : Pn. ROSIDAH BINTI AHMAD
PK (KK): En.PUTIN
PENYELIA PETANG: Pn MARY LAU AI TING

Saturday, May 23, 2009

Sambutan Hari Guru



Sambutan Hari Guru peringkat sekolah disambut pada 23 Mei 2009 anjuran Kelab Sosial Guru dan Pengawas Sekolah secara sederhana tetapi meriah. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Pengetua, En.Tan Tie Muan, turut hadir di majlis ini ialah YDP PIBG SMK Rosli Dhoby,Sibu.



Guru SMK ROSLI DHOBY
Guru sesi Pagi
Guru sesi Petang

Ucapan Tuan Pengetua

Ucapan YDP

Ucapan Wakil Pelajar
Nyanyian Para Guru

persembahan Pelajar
Persembahan Pengawas



Sukaneka


Dah makan! Jangan lupa cari kayu api!

SELAMAT HARI GURU

Gambar Ehsan: Cikgu Teoh

Di suatu pagi .........


Murid : Selamat pagi, cikgu.


Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?


Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!


Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.


Murid : Selamat sejahtera cikgu!


Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?



Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)




SELAMAT HARI GURU - Cikgu Oh Cikgu

No comments:

Related Posts with Thumbnails