Selamat Sejahtera. Salam Muhibah. Kami mengalu-alukan kedatangan Tuan/Puan ke blog kami. Kami sedia membantu sebarang pertanyaan atau kemusykilan yang dihadapi oleh Tuan/Puan dan Saudara Saudari sekalian.





STAF 2009

Pengetua: TAN TIE MUAN
PK (Pentadbiran):MOHAMAD SHAWAL BIN NOOR
PK (HEM) : Pn. ROSIDAH BINTI AHMAD
PK (KK): En.PUTIN
PENYELIA PETANG: Pn MARY LAU AI TING

Sunday, April 19, 2009

BAHAS ALA PARLIMEN 2009

Bahas Ala Parlimen Peringkat Negeri Sarawak - 2009

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rosli Dhoby muncul juara Pertandingan Bahas Bahasa Malaysia Ala Parlimen 2009 Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman hari ini.

SMK Rosli Dhoby yang dibarisi oleh Fiona Maurice, Marcos Pope, Ainina Diana, Lizza Yusuf dan Hamizah muncul juara menerusi bahas berjudul Kestabilan Politik Peneraju Utama Kestabilan Ekonomi dan Sosial Negara sekaligus menewaskan PPD Bintulu yang diwakilili oleh SMK Bandar Bintulu pada pertandingan akhir tersebut.

Dengan memegang peranan sebagai pihak pembangkang menerusi pertandingan ini, SMK Rosli Dhoby berhasil membawa pulang sebuah piala kejuaraan, piala iringan serta sijil untuk setiap seorang.

Hadiah kepada para pasukan juara hingga pemenang ketiga telah disampaikan oleh Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak iaitu Ellen @ Manium Engang yang sekaligus merasmikan majlis penangguhan pertandingan tersebut.

Terdahulu sejumlah 10 buah pasukan PPD bagi setiap bahagian dalam negeri ini telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Bahas Bahasa Malaysia Ala Parlimen 2009 Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman semenjak 15 April lalu.

10 buah pasukan terbabit adalah PPD Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Kapit. PPD Limbang bagaimanapun tidak menghantar pasukan mereka pada pertandingan tersebut.

Pada peringkat separuh akhir pertandingan tersebut, pasukan PPD Sibu yang diwakili oleh SMK Rosli Dhoby telah berjaya menyingkirkan saingan SMK Wira Penrissen dari PPD Samarahan untuk mara ke peringkat akhir manakala PPD Bintulu menerusi SMK Bandar Bintulu pula menyingkirkan saingan SMK Bahasa Malaysia dari PPD Betong.



Fiona Maurice di nobatkan sebagai Pembahas Terbaik


Salah seorang pembahas dari SMKRD


Bersama Naib Johan- SMK Bintulu


Trofi yang membanggakan



Bersama Guru Pengiring berserta hadiah (Kumpulam Pembahas Terbaik Negeri Sarawak)

Syabas, Cemerlang, gemilang.
Doa kami semua warga SMKRD sentiasa bersama kamu di Kelantan pada 25 hingga 29 Mei 2009 akan menjadi kumpulan TERBILANG. InsyaAllah.




PERINGKAT BAHAGIAN SIBU

Pertandingan Bahas Ala Parlimen antara sekolah Bahagian Sibu bermula 24 Mac hingga 6 April 2009. SMk Rosli Dhoby, telah menjadi Johan selepas mengalahkan SMK Sacred Heart. Sebelumnya SMKRD telah menempuh beberapa halangan seperti di bawah:

24 Mac - Pusingan Awal , SMKRD vs SMK Deshon sebagai Tuan Rumah;
30 Mac - Suku Akhir, SMKRD vs SMK St. Elizabeth;
02 April- Separuh akhir, SMKRD vs SMK Bukit Lima;

Dengan ini, SMKRD telah mewakili Bahagian Sibu ke Peringkat Akhir di Sri Aman.
Syabas dan Taniah kepada peserta da guru pengiring yang penuh dedikasi.


Barisan Pebahas SMKRD yang segak
Bersama Pengetua SMK Deshon dan En Oscar Pegawai KK, PPD Sibu

Bersama guru Pengiring

Hadiah manis untuk semua.


Pertandingan Bahas Ala Parlimen antara sekolah Bahagian Sibu bermula 24 Mac hingga 6 April 2009. SMk Rosli Dhoby, telah menjadi Johan selepas mengalahkan SMK Sacred Heart. Sebelumnya SMKRD telah menempuh beberapa halangan seperti di bawah:

24 Mac - Pusingan Awal , SMKRD vs SMK Deshon sebagai Tuan Rumah;
30 Mac - Suku Akhir, SMKRD vs SMK St. Elizabeth;
02 April- Separuh akhir, SMKRD vs SMK Bukit Lima;

Dengan ini, SMKRD telah mewakili Bahagian Sibu ke Peringkat Akhir di Sri Aman.
Syabas dan Taniah kepada peserta dan guru pengiring yang penuh dedikasi dan CEMERLANG

Peserta :Fiona Maurice, Ainina Diana, Marcos Popey, hamizah Junaidi danLiza Yusuf
Guru Pengiring :Cikgu Hasiah bte Pukim & Cikgu Nurkhairiena Sigan



Ehsan : Cikgu Hasiah bte Pukim.

1 comment:

Unknown said...

En.Putin is my ex teacher at sekolah rendah kebangsaan batu wong sibu...he is very nice person...

Related Posts with Thumbnails